Pemandu Muda Melaporkan Lebih Banyak Masalah dengan Kenderaan Baharu, hasil kaji selidik J.D. Power

(342.3 KB)

Share This Page

Honda, Isuzu, Perodua dan Toyota Terima Anugerah Tahap Model bagi Kualiti Awal

SINGAPURA: 27 Nov. 2017 — Pemilik kenderaan baharu muda yang berusia di bawah 30 tahun melaporkan lebih banyak masalah terhadap kenderaan baharu mereka berbanding pemandu berusia 30 tahun ke atas, menurut Kaji Selidik Kualiti Awal  J.D. Power Malaysia 2017SM (IQS), yang diterbitkan hari ini. 

Walaupun hanya 37% pemilik muda menyatakan berdepan masalah dengan kenderaan baharu mereka, berbanding purata kaji selidik sebanyak 43%, bilangan sebenar masalah yang dilaporkan adalah lebih tinggi. Pemilik yang lebih muda daripada usia 30 tahun mengadu purata 83 masalah setiap 100 kenderaan (PP100), berbanding 77 PP100 dilapor oleh pemilik lebih berusia. 

“Ia adalah penting untuk pengilang mengambil perhatian terhadap bilangan tinggi aduan yang dilaporkan oleh pemilik muda,’’ kata Muhammad Asyraf Bin Mustafar, Pengurus Negara bagi Malaysia di J.D. Power. “Tidak mengendahkan permasalahan yang dialami oleh kumpulan usia ini bukan sahaja boleh menjejaskan jualan di masa hadapan, tetapi juga menyebabkan mereka beralih dari jenama pada peringkat awal dan mempengaruhi keputusan mereka untuk mencadangkan jenama itu kepada rakan sebaya mereka.’’

Kaji selidik itu mendapati bahawa 24% pemilik muda mengalami masalah dengan kenderaan baharu mereka tidak akan kembali membeli jenama yang sama di masa hadapan—10 peratus mata lebih tinggi berbanding purata kajian. 

Tujuh daripada lapan kategori masalah yang dinilai di dalam kaji selidik ini menunjukkan bilangan aduan yang dilaporkan telah bertambah, dengan insiden tertinggi dilaporkan ialah kategori pengalaman pemanduan, bahagian luaran kenderaan dan enjin/transmisi.

Berbanding tahun lepas, angka keseluruhan masalah yang dilaporkan bertambah kepada 79 PP100 daripada 69 PP100 pada 2016. Masalah-masalah berkaitan kualiti pembuatan bertambah sebanyak 7 PP100 dan isu-isu berkaitan reka bentuk naik sebanyak 2 PP100. 

Berikut adalah penemuan tambahan daripada kaji selidik 2017: 

  • Jenama Malaysia lebih banyak masalah: Pembeli jenama nasional Malaysia menyatakan masalah lebih tinggi, pada purata, berbanding jenama bukan nasional (95 PP100 vs. 59 PP100, masing-masingnya). 
  • Peningkatan kualiti segmen SUV: Segmen SUV yang pesat pertumbuhannya, yang kini  hanya terdiri dari pengeluar bukan nasional sahaja, merekodkan masalah paling rendah di dalam kaji selidik, iaitu 48 PP100. 
  • Masalah paling lazim dilaporkan: Bunyi angin berlebihan merupakan masalah paling kerap disebut, iaitu 4.3 PP100. 
  • Advokasi kualiti binaan: Dalam kalangan pemilik kenderaan baharu yang mengalami masalah paling kecil daripada dijangkakan, 46% menyatakan mereka `pasti akan’ mencadangkan model mereka kepada rakan atau saudara-mara, manakala hanya 13% yang mengalami lebih banyak masalah daripada dijangkakan, juga menyatakan `pasti akan’ berbuat serupa.

Penarafan Kaji Selidik

Toyota Vios berada di tangga teratas di dalam segmen “entry” saiz pertengahan (62 PP100) dan Perodua Myvi pula teratas di dalam segmen kompak (84 PP100). Honda BR-V teratas di dalam segmen SUV (27 PP100) dan Isuzu D-Max terbaik di dalam segmen pikap (52 PP100). 

Kaji Selidik Kualiti Awal Malaysia 2017 (IQS) adalah berdasarkan maklum balas daripada 2,843 pemilik kenderaan baharu yang membeli kenderaan mereka antara Ogos 2016 dan Jun 2017. Kaji selidik ini merangkumi 47 model kenderaan penumpang, pikap dan kenderaan utiliti dari 12 jenama. Kaji selidik ini berlangsung antara Februari dan Ogos 2017. 

Kini dalam tahun ke-15, kaji selidik ini mengukur permasalahan yang dialami pemilik kenderaan dalam tempoh 2-6 bulan pemilikan. Kualiti awal ditentukan menerusi bilangan masalah yang dilalui setiap 100 kenderaan (PP100), dengan markah terendah menunjukkan kualiti lebih tinggi. 

Hubungan Media

Aisling Carty; J.D. Power; Singapura; 65-6733 8980; aisling.carty@jdpower.com.sg

Geno Effler; J.D. Power; Costa Mesa, Calif., USA; 001‐714-621-6224; media.relations@jdpa.com

Mengenai J.D. Power di Rantau Asia Pasifik

J.D. Power memiliki pejabat di Singapura, Bangkok, Beijing, Shanghai dan Tokyo yang melakukan kajian kepuasan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan juruperunding di dalam industri automotif, teknologi maklumat dan kewangan di rantau Asia Pasifik. Secara bersama, lima pejabat tersebut membawa bahasa kepuasan pelanggan kepada konsumer dan perniagaan di Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam. J.D. Power adalah syarikat portfolio XIO Group, firma pelaburan alternatif global dan ekuiti swasta beribu pejabat di London, dan diterajui oleh empat pengasasnya, Athene Li, Joseph Pacini, Murphy Qiao dan Carsten Geyer. Maklumat mengenai J.D. Power dan produk-produknya boleh diakses menerusi internet di asean-oceania.jdpower.com

Mengenai J.D. Power dan Peraturan Pengiklanan/Promosi www.jdpower.com/about-us/press-release-info

Media Contacts

Singapore
65-3165-0119
Costa Mesa, California
(714) 621-6224